SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Khamis, 4 Ogos 2016

On Khamis, Ogos 04, 2016 by Mrs. Hanani in    No comments
En Hashim Aboo Bakar, berkuatkuasa pada tarikh 4 Ogos kini adalah GPK Petanng yang baru bagi SMK Munshi Abdullah. Beliau adalah antara guru senior yang telah lama berkhidmat di MUNSHI, beliau telah berkhidmat lebih dari 20 tahun di MUNSHI.

Sebentar tadi jam 12.30 tengahari bertempat di bilik alkhawarizmi beliau menyampai ucaptama bagi perjumpaan pertama bersama guru-guru sidang petang. Beliau menegaskan tiada perubahan yang berlaku sebaliknya hanya jika ia perlu dan membawa kebaikan. Guru-guru sidang petang sememangnya telah bertugas dengan cemerlang dan tekun dalam menyediakan pelajar Tingkatan 1 dan 2 ke peringkat PT3 dan menengah atas. Motto beliau " Fahami dengan hati" akan sentiasa beliau bawa dan menyuntik amalan serta semangat itu kepada semua rakan setugas beliau.

Tahniah En. Hashim Aboo Bakar dan selamat datang ke keluarga kecil sidang petang.

nota: Guru sidang petang berjumlah 50 orang.





0 comments:

Catat Ulasan