Jumaat, 28 November 2014
On Jumaat, November 28, 2014 by Unknown in Pelajar No comments
1. Sekiranya anak anda, diminta untuk mendaftar ke Tingkatan 1 di sekolah menengah yang telah ditetapkan. Anda haruslah terlebih dahulu mendaftar di sekolah tersebut pada awal persekolahan nanti. Seminggu selepas itu, barulah proses pertukaran tersebut boleh diuruskan. Kecuali jika anak anda berpindah keluar negeri, proses pertukaran sekolah boleh dilakukan lebih awal sebelum tarikh pendaftaran ke Ting. 1 sekolah menengah berkenaan.
2. Harus ke sekolah asal (tempat sekolah didaftarkan) dan mesti bawa surat nikah, perintah mahkamah tentang hak jagaan anak bagi parents yg berpisah dan surat beranak. Kerani akan bagi borang pertukaran sekolah…isi..keterangan anak dan antaranya alamat baru dan sebab tukar sekolah. Anda kemudian akan diminta tunggu kerana perlu ditaip semula dalam komputer lalu disokong dan ditandatangan oleh guru besar atau penolong kanan. Sekejap je…dalam 30 min dh boleh siap. Sampul bertukar tangan dengan pesanan….”Berikan sampul ni kepada PPD ya puan”.
3. Siap…sila ayun langkah ke pejabat PPD dimana sekolah baru terletak..opss…nanti dulu. Kalau tiada urusan hak penjagaan anak contohnya parent dh berpisah, anak angkat atau anak nk diberi penjagaan sementara kepada saudara atas alasan belum berpindah dan kena guna alamat saudara mara….silalah ke suruhanjaya sumpah dulu ya.
4. DiSuruhanjaya sumpah..anda akan diberikan borang sumpah..sila buat bayaran RM4 dan tulis keterangan diri dan beri alasan hak jagaan sementara kepada saudara yang anda gunakan alamatnya tadi. Bukan apa..mana boleh anak kita duduk rumah orang sesuka hatikan. Semuanya kena bersumpah..yang hak penjagaan diberi sementara supaya tak timbul keraguan dan masalah kemudian hari. Pesuruhjaya akan check…kadang2 saudara kita tu pun diminta hadir sama…tapi ikut budi bicara lah kan. Kalau tak hadir…salinan IC dah ada pun cukup. Siap di chop..dah boleh ke PPD.
5. Sampai PPD…xde cakap banyak..bagi je sampul dari sekolah lama tadi, surat sumpah dan juga bil letrik/air rumah baru/rumah sedara. PPD akan kata…dlm 2-3 hari dah boleh dapat jawapan. Untuk mempercepatkan proses..jgn malu-malu minta diorang settlekan cepat. Tak ada masalah sebenarnya kalau officer yg uruskan pertukaran sekolah ni ada dan tak pergi kursus ke aper ke.
Nanti…belum abis lagi….PPD akan beri balik surat pertukaran 3 salinan yg telah ditaip oleh kerani dari sekolah lama dengan tandatangan Pengarah Pendidikan Negeri (lulus) . Setiap satu salinan utk ibu-bapa, sekolah baru dan sekolah lama. Salinan utk sekolah lama…harus pula dihantar balik ke sekolah lama untuk tindakan lanjut. Kerani akan masukkan nama anak dalam buku daftar keluar/berhenti sekolah dan kemudian parent akan diberi fail peribadi anak untuk dibawa ke sekolah baru nanti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
PENGETUA
GPK SIDANG PETANG
Video MUNSHI SIDANG PETANG
Pengikut
Bilangan Pengunjung
Nukilan Popular
-
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhi...
-
Objektif NBOS - PPG 1. Mengkaji kesesuaian tugas pentadbiran dan operasi yang sedang dilaksanakan oleh Guru Tugas Khas dan Guru Akadem...
-
Pada 1 Ogos 2016 yang lepas Majlis persaraan Tn Haji Adenar Mohamad telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada GPK Petang kami yang tela...
-
Hari ni saya akan huraikan sedikit prosedur berkenaan perkara di atas. Mudah sebenarnya tapi kalau lebih detail akan lebih memudahkan pe...
-
Pada 16hb Ogos 2016, MUNSHI telah pun menerima pengetua baru iaitu Tn. Hj. Yusof bin Othman iaitu bekas pengetua SMK Telok Mas. Pada 22hb ...
0 comments:
Catat Ulasan