SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Selasa, 2 Ogos 2016

On Selasa, Ogos 02, 2016 by Mrs. Hanani in    No comments
Pada 1 Ogos 2016 yang lepas Majlis persaraan Tn Haji Adenar Mohamad telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada GPK Petang kami yang telah berkhidmat di Munshi selama 13 tahun. Beliau telah berkhidmat selama 38 tahun sebagai guru. Perwatakan beliau yang tenang dan sentiasa mesra, membuatkan beliau sangat dekat dihati kami, warga pengajar dan juga pelajar-pelajar Sesi Petang SMK Munshi Abdullah.

Majlis persaraan berlansung dengan suasana yang ceria, gilang gemilang dan juga diiringi suasana sebak, bagi semua yang mengenali Tn Haji, kerana tahu ini adalah detik guru yang disayangi ini meninggalkan sekolah ini dalam penghujung kerjayanya sebagai guru.

Beliau telah berkhidmat di 7 buah sekolah, dan SMK Munshi adalah sekolah paling lama beliau berkhidmat.  Jasa beliau akan sentiasa kami kenang dan perwatakan serta didikan beliau akan sentiasa kami contohi.

Selamat berehat, wahai guru, wahai pemimpin, wahai bapa, wahai rakan, moga sentiasa sihat dan kini dapat pula menumpahkan sepenuh masa yang terluang kepada keluarga. Terima kasih atas khidmat tuan, yang akan sentiasa kami kenang. Berat untuk warga MUNSHI melepaskan beliau, namun itulah lumrah kehidupan, umpama sebuah stesyen keretapi, akan ada penghujungnya dan penumpang akan meninggalkan stesyen, bila sampai waktunya.












0 comments:

Catat Ulasan