Isnin, 8 Disember 2014
On Isnin, Disember 08, 2014 by Unknown in Guru No comments
Objektif NBOS - PPG
1. Mengkaji kesesuaian tugas pentadbiran dan operasi yang sedang dilaksanakan oleh Guru Tugas Khas dan Guru Akademik Biasa dijajarkan kepada Anggota Kumpulan Pelaksana.
2. Mengkaji kesesuaian perkhidmatan sokongan teknikal oleh Juruteknik Komputer FT17/FT22 untuk memastikan semua sekolah menerima perkhidmatan sokongan ICT.
3. Mengkaji kesesuaian tugas pengurusan Guru Tugas Khas dilaksanakan secara bersama dengan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS), Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah (JKPSS) dan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah (JKPS).
4. Memastikan Guru Tugas Khas dan Guru Akademik Biasa boleh memberi tumpuan kepada tugas utama iaitu pembelajaran dan pengajaran (PdP).
NBOS ini terlaksana hasil dari Kajian Beban Tugas Guru yang pernah dibangkitkan sejak tahun 2005 lagi.
Berikut adalah rentetan tahun Kajian Bebanan Tugas Guru ini.
Tahun 2006 (KPM)
- KAJIAN TUGAS & TANGGUNGJAWAB GURU SECARA KOMPREHENSIF BERHUBUNG ISU BEBAN TUGAS GURU
Tahun 2010 - 2011 (BPG dan BPSM)
- PENYENARAIAN TUGAS & TANGGUNGJAWAB SEMUA KATEGORI GURU
- KAJIAN FAKTOR BEBAN TUGAS BERTAMBAH
- LANGKAH MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU
- JAWATANKUASA MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU (JKMIBTG)
Tahun 2010 - 2013 (JPA dan KPM)
- PELAKSANAAN WAKTU MENGAJAR SEIMBANG TIGA (3) GTK (GURU DATA, GURU PERPUSTAKAAN & MEDIA DAN GURU PENYELARAS BESTARI) DI MELAKA
- PEMUSATAN JURUTEKNIK KOMPUTER FT17/22 DI PKG
- PEMANTAPAN FUNGSI JAWATANKUASA DI SEKOLAH/INTERVENSI PENAMBAHBAIKAN JAWATANKUASA PEMANTAPAN PROFESION GURU (JKPPG)
Tahun 2013 - 2014 (JPA dan KPM)
- PELUASAN KEPADA PROGRAM PPG DI MELAKA
- MELIBATKAN GURU AKADEMIK BIASA (GAB) DI SEKOLAH SELURUH NEGARA
- PEMANTAPAN FUNGSI JAWATANKUASA DI SEKOLAH/INTERVENSI PENAMBAHBAIKAN
- JAWATANKUASA PEMANDU REPOSITIONING OF TEACHERS’ & NURSES/DOCTORS’ TO THEIR CORE DUTIES
Tahun 2014 (NBOS - PPG)
- Memartabatkan profesion keguruan
- Meningkatkan kapasiti guru
- Memastikan fokus guru terhadap Pengajaran & Pembelajaran
- Peluasan program PPG di Melaka ke seluruh negara
- Semua kategori Guru Terlibat
Untuk guru-guru sila muat turun Garis Panduan di bawah, agar anda tahu tugas dan tanggung jawab anda sebagai guru akademik biasa atau guru tugas khas kerana ianya akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2015 di sekolah kita.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
PENGETUA
GPK SIDANG PETANG
Video MUNSHI SIDANG PETANG
Pengikut
Bilangan Pengunjung
Nukilan Popular
-
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhi...
-
Objektif NBOS - PPG 1. Mengkaji kesesuaian tugas pentadbiran dan operasi yang sedang dilaksanakan oleh Guru Tugas Khas dan Guru Akadem...
-
Pada 1 Ogos 2016 yang lepas Majlis persaraan Tn Haji Adenar Mohamad telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada GPK Petang kami yang tela...
-
Hari ni saya akan huraikan sedikit prosedur berkenaan perkara di atas. Mudah sebenarnya tapi kalau lebih detail akan lebih memudahkan pe...
-
Pada 16hb Ogos 2016, MUNSHI telah pun menerima pengetua baru iaitu Tn. Hj. Yusof bin Othman iaitu bekas pengetua SMK Telok Mas. Pada 22hb ...
0 comments:
Catat Ulasan