SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Selasa, 23 Ogos 2016

On Selasa, Ogos 23, 2016 by Mrs. Hanani in ,    No comments
Pada 16hb Ogos 2016, MUNSHI telah pun menerima pengetua baru iaitu Tn. Hj. Yusof bin Othman iaitu bekas pengetua SMK Telok Mas.

Pada 22hb Ogos 2016 adalah pertemuan pertama beliau bersama guru-guru sidang petang MUNSHI. Ini adalah sessi taaruf atau suai kenal antara kami dan Tn. Hj Yusof bin Othman. MUNSHI adalah sekolah ke sembilan beliau bertugas dan ketiga sebagai pengetua.

Dalam ucapan beliau, beliau mengharapkan kerjasama dari semua guru terutama kerana MUNSHI adalah sekolah paling ramai jumlah pelajar di negeri Melaka. Harapan beliau agar warga MUNSHI dapat bekerjasama secara effisien agar matlamat falsafah pendidikan dapat dicapai bersama. Hubungan erat bagi kedua sessi juga sangat diperlukan kerana sekolah ini umpama sebuah keluarga besar. Apah lagi sidang petang adalah asas bagi persekolahan menengah pelajar, yang menyumbang kepada PT3 dan SPM. Beliau juga mahu aplikasi telegram digunakan dengan lebih menyeluruh kerana aplikasi ini dapat membantu bagi perkara-perkara dokumentasi terutamanya kehadiran pelajar. Urusan-urusan seperti rizo bahan mengajar latihan kepada pelajar juga, guru tidak perlu lagi meminta keizinan pengetua kerana pihak pentadbir mahu urusan itu dipermudahkan.

Dalam pada itu, perjumpaan kali ini juga memaklumkan warga guru bahawa sekolah akan berusaha meningkatkan penggunaan VLE FROG kerana ianya salah satu komponen yang ditekankan oleh kementerian.

Tn. Hj Yusof bin Othman





0 comments:

Catat Ulasan