SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Selasa, 6 Januari 2015

On Selasa, Januari 06, 2015 by Unknown in    No comments
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Untuk memastikan ia relevan, ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sumber

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.



Penilaian ini juga akan mengambilkira pada penilaian kompetensi dan penilaian keberhasilan.Penilaian kompetensi adalah seperti nilai profesional, pengurusan aktiviti, sumbangan dan juga kemahiran profesional pdp. Manakala penilaian keberhasilan adalah seperti keberhasilan pdp, keberhasilan kaunseling dan keberhasilan kejurulatihan. Namun semuanya berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.


Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PBPPP ini, adalah boleh download powerpoint Instrumen PBPPP dan juga excel Penilaian Bersepadu PBPPP (SM) ini.

0 comments:

Catat Ulasan