Isnin, 22 Disember 2014
On Isnin, Disember 22, 2014 by Unknown No comments
Akhirnya keputusan peperiksaan PT3 telah diumumkan pada 22 Disember 2014. Amat mengecewakan kerana bilangan pelajar mendapat keputusan cemerlang merudum teruk jika dibandingkan dengan PMR tahun lepas.
Perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut. Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mungkin mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?
Sebelum ini pihak kementerian pendidikan menyatakan tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Dengan hanya berbekalkan beberapa bulan untuk pelajar dan guru untuk membuat persediaan PT3 yang pada ketika itu samar-samar, akhirnya sememangnya pelajar masih belum bersedia untuk menerima perubahan ini secara drastik.Jika dilihat secara dasarnya PT3 ini adalah amat baik kerana berlandaskan kepada KBAT dan dapat melahirkan pelajar yang bijak dan berintelektual dalam membuat keputusan dan penilaian cuma dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.
Sepatutnya pelajar ini didedahkan modul peperiksaan yang sebenar bermula dari Tingkatan 1 dan berkembang aras soalannya dan sejajar dengan penilaian KBAT sehingga ke Tingkatan 3. Bukan dilakukan secara drastik dan akhirnya mengorbankan semangat dan perasaan pelajar yang berharapan tinggi untuk mencapai keputusan cemerlang.
Keputusan telah pun diumumkan, Walaupun kita kecewa dengan keputusan yang diterima oleh anak didik kita tetapi kita sedar yang anak didik kita berupaya cemerlang jika diberi panduan yang jelas. Semoga kita mengharapkan agar tahun hadapan menjadi pendorong dan pedoman untuk membaiki kesilapan yang telah berlaku.
Perubahan sistem peperiksaan daripada Penilaian Menengah Rendah (PMR) kepada PT3 tidak patut diadakan secara mengejut. Selama tiga tahun anak-anak tidak ditekankan kepada sistem peperiksaan dan tidak mengikuti pembelajaran seperti lazimnya, bagaimana mungkin mereka hendak menghadapi peperiksaan besar seperti PT3?
Sebelum ini pihak kementerian pendidikan menyatakan tidak ada peperiksaan tetapi tiba-tiba, pada saat-saat akhir, diarahkan pula pelajar bersedia untuk PT3. Dengan hanya berbekalkan beberapa bulan untuk pelajar dan guru untuk membuat persediaan PT3 yang pada ketika itu samar-samar, akhirnya sememangnya pelajar masih belum bersedia untuk menerima perubahan ini secara drastik.Jika dilihat secara dasarnya PT3 ini adalah amat baik kerana berlandaskan kepada KBAT dan dapat melahirkan pelajar yang bijak dan berintelektual dalam membuat keputusan dan penilaian cuma dasar kerajaan dalam membuat keputusan menukar PMR kepada PT3 sepatutnya dikaji dan dibuat secara berperingkat.
Keputusan telah pun diumumkan, Walaupun kita kecewa dengan keputusan yang diterima oleh anak didik kita tetapi kita sedar yang anak didik kita berupaya cemerlang jika diberi panduan yang jelas. Semoga kita mengharapkan agar tahun hadapan menjadi pendorong dan pedoman untuk membaiki kesilapan yang telah berlaku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
PENGETUA
GPK SIDANG PETANG
Video MUNSHI SIDANG PETANG
Pengikut
Bilangan Pengunjung
Nukilan Popular
-
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhi...
-
Objektif NBOS - PPG 1. Mengkaji kesesuaian tugas pentadbiran dan operasi yang sedang dilaksanakan oleh Guru Tugas Khas dan Guru Akadem...
-
Hari ni saya akan huraikan sedikit prosedur berkenaan perkara di atas. Mudah sebenarnya tapi kalau lebih detail akan lebih memudahkan pe...
-
Pada 1 Ogos 2016 yang lepas Majlis persaraan Tn Haji Adenar Mohamad telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada GPK Petang kami yang tela...
-
Pada 16hb Ogos 2016, MUNSHI telah pun menerima pengetua baru iaitu Tn. Hj. Yusof bin Othman iaitu bekas pengetua SMK Telok Mas. Pada 22hb ...
0 comments:
Catat Ulasan