SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Selasa, 1 Januari 2019

On Selasa, Januari 01, 2019 by Mrs. Hanani   No comments
Pada hari ini 1 Januari 2019, tepat jam 8 pagi, telah bermula Majlis pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2019.

Tahun ini MUNSHI menerima pendaftaran awal bagi 268 orang pelajar dari 382 yang disenaraikan mendaftar di MUNSHI. Dijangka sepanjang Minggu Mesra, baki pelajar-pelajar yang tersenarai, akan hadir dan mendaftar. Minggu Mesra akan berlansung dari 2-7 Januari, di Dewan Munshi dari jam 12.50-6.40 petang, kecuali hari Jumaat jam 2.30-6.40.

Untuk makluman, MUNSHI mempunyai 12 buah kelas tingkatan 1, dimana 3 adalah aliran agama. Secara purata, setiap kelas akan menampung 35 orang pelajar. Sejak 5 tahun kebelakangan ini, MUNSHI mencatat pelajar paling ramai di negeri Melaka. Dengan hampir 2000 orang pelajar dari tingkatan 1-6, setiap tahun




 Situasi di luar Dewan MUNSHI, sementara ibu bapa mendengar taklimat dari pihak pentadbir.




Ibu bapa membuat pra semakan di kaunter Penyelaras Tingkatan 1, Penyelaras Tingkatan 1 adalah Pn Normala bt Mohd Yatim, dibantu semasa sesi pendaftaran oleh En. Azman bin Md. Gauth.
Barisan Pentadbir SMK MUNSHI ABDULLAH
Ibu bapa dan pelajar tekun mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pengetua MUNSHI.

 Sesi mendaftar bermula.




Sesi pendaftaran berakhir pada jam 12 tengahari, kelihatan Guru Tingkatan 1A7, En Nik Muhammad Amri menguruskan pendaftaran yang terakhir pada hari ini jam 12.28 tengahari.


#smkmunshiabdullah
#melaka
#pendaftarantingkatan1

0 comments:

Catat Ulasan