SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Ahad, 27 Januari 2019

On Ahad, Januari 27, 2019 by Mrs. Hanani in    No comments
Sabtu 26hb bertempat di Dewan Intelek, Aspuri, MUNSHI, warga pendidik MUNSHI telah menghadiri Latihan dalam perkhidmatan (LADAP) kali pertama. Pelbagai pengisian telah diadakan bagi memberi input kepada warga pendidik dan juga menyuntik motivasi dalam berkhidmat sebagai guru, bagi pembukaan 2019.


Program pada hari tersebut dimulakan dengan ucapan Tn Hj Yusuf Othman selaku pengetua MUNSHI, kemudianya diikuti oleh taklimat mengenai pengurusan SPLG yang disampaikan oleh Ustazah Hasni Falina bt Ishah, SPLG ialah sistem pengurusan latihan guru yang boleh diakses melalui online, dan menjadi salah satu komponen penting didalam perkhidmatan perguruan, dimana semua guru dibawah KPM diwajibkan memenuhi 5 hari berkursus dan 42 mata kredit.

Cik Hasni Falina bt Ishah sedang menerangkan mengenai komponen TNA yang wajib disempurnakan oleh guru-guru melalui online.

Pada jam 9.00 pagi Tn Hj Mohd Shah bin Othman mantan Timbalan Pengarah Sektor Unit Kaunseling JPN Melaka dan juga seorang kaunselor bertauliah mengisi slot 'Team Building', dimana guru-guru didedahkan dengan aktiviti-aktivi berpasukan dan juga teknik-teknik mengenal personaliti. Slot yang berlansung selama 2 jam ini banyak memberi input yang bermanfaat kepada guru-guru.

Tn Hj Mohd Shah bin Othman memulakan sesi.

Guru-guru diminta menghasilkan lakaran wajah rakan sekerja.









Antara ativiti team building yang bertemakan " Race against time"
Jam 11.45, program LADAP kali pertama ini diteruskan dengan taklimat-taklimat program-program yang dijalankan oleh MUNSHI.
Encik Tan Beng Kion menyampaikan taklimat mengenai Speaker's Corner atau sudut debat yang kini menjadi salah satu program yang ditekankan di MUNSHI, pelancaran rasmi program Speaker's Corner akan diadakan pada bulan Februari.

En Khairul Amri memberikan penerangan tentang trek dan peranan guru-guru bertugas bagi program merentas desa yang akan dijalankan pada 30hb Januari ini.

Penerangan mengenai format NILAM 2019 disampaikan oleh Pn. Nor Abidah, sistem pemarkahan kali ini mempunyai sedikit perubahan yang lebih fleksible berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Fail Slide taklimat Nilam 2019

Taklimat mengenai program HIP (Highly Immersive Programme) yang dilaksanakan di MUNSHI, dimana program English merentasi kurikulum dijalankan melalui program-program seperti Speaker's Corner, English Is Fun, Word a day, English Day, English week dan pelbagai lagi program yang merangkumi penglibatan semua warga MUNSHI. 

0 comments:

Catat Ulasan