Isnin, 11 April 2016
9 April 2016 lalu, sebahagian guru Munshi berkesempatan mengikuti Kursus Kecergasan Fizikal dan 'Team Building' di Ayer Keroh Melaka. Kursus yang melibatkan seramai 23 orang guru ini terdiri daripada guru sidang pagi dan sidang petang.
Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh peserta seperti Bengkel Asas Pertolongan Cemas, Flying Fox, Asas Memanah, 'Water Confidence', dan berkayak. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kecergasan guru di samping dapat meningkatkan daya keyakinan dan mengeratkan silaturrahim antara guru.
En. Kamaruddin Ahmad merupakan jurulatih yang terlibat secara langsung dalam kursus tersebut bagi memberi ilmu dan bimbingan terhadap peserta kursus ini. Beliau mempunyai sijil khusus dalam kejurulatihan dan kecergasan. Pihak sekolah dan para peserta amat berterima kasih atas tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan oleh beliau.
Carian
PENGETUA
GPK SIDANG PETANG
Video MUNSHI SIDANG PETANG
Pengikut
Bilangan Pengunjung
Nukilan Popular
-
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhi...
-
Objektif NBOS - PPG 1. Mengkaji kesesuaian tugas pentadbiran dan operasi yang sedang dilaksanakan oleh Guru Tugas Khas dan Guru Akadem...
-
Pada 1 Ogos 2016 yang lepas Majlis persaraan Tn Haji Adenar Mohamad telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada GPK Petang kami yang tela...
-
Hari ni saya akan huraikan sedikit prosedur berkenaan perkara di atas. Mudah sebenarnya tapi kalau lebih detail akan lebih memudahkan pe...
-
Pada 16hb Ogos 2016, MUNSHI telah pun menerima pengetua baru iaitu Tn. Hj. Yusof bin Othman iaitu bekas pengetua SMK Telok Mas. Pada 22hb ...