SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Isnin, 11 Januari 2016

On Isnin, Januari 11, 2016 by Mrs. Hanani in , , , ,    No comments


Pada 2hb Januari 2016 yang lepas, SMK Munshi Abdullah telah pun menerima pendaftaran pelajar baru tingkatan 1 seramai 315 orang pelajar. Sehingga kini, Munshi masih menjadi sekolah paling ramai pelajar di Negeri Melaka.

Sementara itu pendaftaran semua tingkatan lain juga diadakan pada hari yang sama.
Pendaftaran 2PK3 oleh Cikgu Haifa


Pendaftaran tingkatan 2KT6 oleh Cikgu Azman

Seterusnya hari orientasi atau Minggu suai kenal pelajar Tingkatan Satu ialah pada 4hb Januari hingga 6hb Januari. Pelbagai pengetahuan asas tentang kehidupan sebagai pelajar SMK Munshi Abdullah didedahkan kepada pelajar

Tentatif program sepanjang minggu suaikenal
Taklimat displin dan peraturan Munshi oleh En. Sulaiman bin Ab Razak, selaku ketua unit disiplin sesi petang

Pengetua juga meraikan pelajar yang menyambut hari jadi pada tarikh Majlis penutup minggu suai kenal iaitu pada 7hb Januari 2016

Selamat datang kepada semua pelajar Tingkatan Satu dan selamat menjalani sesi perskolahan 2016 di SMK Munshi Abdullah kepada semua.

0 comments:

Catat Ulasan