Khamis, 29 Januari 2015
Program Minggu Mesra dan Bengkel Softskill telah diadakan sejak 12 Januari 2015 lagi. Program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling ini bakal melahirkan pelajar yang bersedia untuk menimba ilmu dari guru mata pelajaran masing-masing apabila mereka berada di dalam kelas kelak. Program terrsebut memberi fokus kepada kemahiran belajar, berkomunikasi, mengingat dan menguruskan masa. Program 'Softkill' yang sedang berlangsung kini dijadualkan berakhir pada 30 Januari 2015. Sungguhpun Unit Bimbingan dan Kaunseling menghadapi kesukaran kerana kekurangan tenaga kerja, namun ketabahan mereka meneruskan perjuangan memberi ilmu kepada anak-anak Munshi tidak pernah lemah. Pihak sekolah, khususnya seluruh warga sidang petang amat berterima kasih kepada guru-guru yang terlibat menjayakan program ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
PENGETUA
TN. HJ. YUSOF BIN OTHMAN
GPK SIDANG PETANG
En. Hashim Aboo Bakar


.jpg)


.jpg)
0 comments:
Catat Ulasan