Rabu, 24 Disember 2014
On Rabu, Disember 24, 2014 by Unknown No comments
Pesanan dari SKMM untuk pengguna telefon pintar. Pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya berwaspada jika menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengandungi pautan URL perisian PhotoViewer.apk.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yang mengeluarkan nasihat itu, berkata SMS berkenaan yang berbunyi 'is this your photo' perlu dipadam kerana pautan yang diberi dalam SMS itu mengandungi Malware.
Malware ialah perisian yang dicipta khusus untuk merosakkan sistem komputer.
"Apabila URL itu diklik, perisian tersebut akan dimuat turun dan satu perisian Photo Grid akan dipasang.
"Aplikasi berkenaan akan cuba mendapatkan wang sebanyak mungkin daripada bilangan klik yang dilakukan pada iklan yang akan sentiasa muncul dalam aplikasi itu," menurut SKMM dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook hari ini.
Malware itu juga mempunyai mekanisme yang secara dinamik akan menghantar SMS spam kepada senarai kenalan penerima berdasarkan maklumat yang ada dalam peranti dan kad SIM.
"SMS itu berkemungkinan dimajukan oleh peranti salah seorang kenalan anda yang sudah dijangkiti Malware tersebut," kata SKMM. - Petikan dari Bernama

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Carian
PENGETUA
GPK SIDANG PETANG
Video MUNSHI SIDANG PETANG
Pengikut
Bilangan Pengunjung
Nukilan Popular
-
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhi...
-
Objektif NBOS - PPG 1. Mengkaji kesesuaian tugas pentadbiran dan operasi yang sedang dilaksanakan oleh Guru Tugas Khas dan Guru Akadem...
-
Hari ni saya akan huraikan sedikit prosedur berkenaan perkara di atas. Mudah sebenarnya tapi kalau lebih detail akan lebih memudahkan pe...
-
Pada 1 Ogos 2016 yang lepas Majlis persaraan Tn Haji Adenar Mohamad telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada GPK Petang kami yang tela...
-
Pada 16hb Ogos 2016, MUNSHI telah pun menerima pengetua baru iaitu Tn. Hj. Yusof bin Othman iaitu bekas pengetua SMK Telok Mas. Pada 22hb ...
0 comments:
Catat Ulasan