SMK Munshi Abdullah, 75350 Batu Berendam, Melaka.

Jumaat, 21 November 2014

On Jumaat, November 21, 2014 by Unknown in    No comments
Sesi Persekolahan 2014 akan menutup tirainya. Pelbagai cabaran telah dihadapi sepanjang tahun 2014. Pentadbir silih berganti tetapi warga guru tetap mengalas tugas sebagai guru demi mendidik anak bangsa. Begitulah seorang guru, tidak perlu bersuruh. Guru tetap tahu untuk menjalankan tanggung jawab dan amanah yang diberikan.
Sempena hari terahir persekolahan, guru-guru sidang petang telah mengambil inisiatif untuk membuat jamuan akhir tahun bertempat di bilik guru 2. Pelbagai juadah telah dihidangkan dengan pelbagai air tangan guru yang membuatnya.
Begitulah guru sidang petang, muafakat dan saling bekerjasama, tidak kira apa situasi sekali pun. Masih tetap ceria dan bersemangat waja.

Teruskan ukhwah dan bersedia untuk menghadapi azam baru tahun 2015.

SELAMAT BERCUTI!




0 comments:

Catat Ulasan